Stoikiometri Persenyawaan Ligan 3-metilsalisaldehide-4-hidroksi Benzoil Hidrazon Dengan Aluminium (III

Abdul Malik
Journal article Lentera: Jurnal Ilmiah Sains dan Teknologi • April 2015

Unduh teks lengkap
(Bahasa Indonesia, 5 pages)

Abstrak

Kimia koordinatan bagi ligan 3-metilsalisaldehide-4-hidroksi benzoil hidrazon telah dikaji dengan aluminium(III). Tapak koordinatan dengan aluminium (III) telah dikaji berdasarkan data spektroskopi inframerah, spektroskopi ultralembayung-nampak dan rmn 1H dan 13C. Pengkoordinatan ligan dengan ion aluminium(III) berlaku melalui atom N daripada kumpulan C=N dan atom O daripada kumpulan C=O. Perbandingan molar aluminium(III) terhadap ligan dalam tidak balas pengkompleksannya adalah 1:3, terungkap daripada kajian stoikiometri pengkompleksan. Formula bagi kompleks yang terbentuk boleh diwakili oleh [Al(Ligan)3] (NO3)3 . Kata Kunci: Stoikiometri, 3-Metilsalisaldehide-4-Hidroksi Benzoil Hidrazon, Spektrofluorimetri, Aluminium (III) PENDAHULUANSebahagian besar sifat kimia sebatian organoalminium sudah dipahami berdasarkan tiori-tiori asid Lewis monomer-monomer organoaluminium yang mana, aluminium cendrung untuk membentuk sebuah atom yang memenuhi sistim oktet elektron-elektron. Sebatian koordinatan aluminium dengan keadaan pengoksidaan +3 biasanya bersifat penerima elektron dan hasil penambahan yang terbentuk dengan spesis yang kaya dengan elektron menyebabkan kepelbagaian dalam koordinatan aluminium. Apabila suatu ligan neutral bidentat berinteraksi dengan AlX3, (X = Cl,Br, atau I), yang lemah pengkoordinatannya, dua jenis pengkompleksan berlaku. Salah satu daripadanya ialah kumpulan halida akan disingkirkan untuk membentuk [AlL3]3+ kation yang boleh diidentifikasikan secara kristalografi atau spektroskopi dalam keadaan pepejal dan melalui konduktiviti molar dalam larutan tanpa akues. Ligan yang biasa adalah 2,2'-bipiridil, 1,10-fenantrolin dan etanadiamina. Aluminium membentuk pelbagai struktur dengan ligan bidentat. Dengan 1,10-fenantrolin dan 2,2'-bipiridil, hasil hablurnya adalah spesis ionik seperti [Al(bpy)3]Cl3, tetapi kimia larutan sebatian ini memberikan struktur [AlX2(bpy)2]X, [Al(bpy)3]X3, dan lain-lain. Dalam pengkompleksan yang kedua, stoikiometrinya mungkin AlX3L atau AlX2L2 dan setiap satunya boleh diformulasikan sebagai sebatian ionik. Sebagai contohnya, AlX3.bpy boleh ditulis sebagai [AlX2(bpy)2][AlX4] (X=Cl,Br). Ini menjelaskan bahawa faktor saiz ligan adalah penting dalam kajian kimia koordinatan aluminium. Jika X=I, ia akan disingkirkan untuk membentuk [AlL3] kerana, AlL4I2 dengan nombor koordinatan 6, adalah tidak stabil [Phua, 2000].

Metrik

  • 62 kali dilihat
  • 48 kali diunduh