Metrics

  • visibility 0 views
  • get_app 0 downloads
description Journal article public Journal of Social Sciences and Technical Education

Iklim Organisasi dan Motivasi Kerja: Satu Kajian Korelasi dalam Institusi Pendidikan TVET

Bibie Anak Neo, Ling Ying-Leh
Published September 2021

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan di antara iklim organisasi dengan motivasi kerja pensyarah di politeknik. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 36 orang pensyarah yang dipilih mengunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data bagi iklim organisasi diukur menggunakan  instrumen yang telah dibangunkan oleh Litwin dan Stringer (1968) iaitu “Organizational Climate Questionaire (OCQ)” yang diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM, 2009). Manakala motivasi kerja pensyarah pula diukur menggunakan instrumenn “A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency (QMAT)”. Seramai 36 orang responden yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Am telah terlibat di dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 21.0. Dapatan kajian mendapati tahap motivasi kerja para pensyarah di institusi pendidikan TVET adalah pada tahap yang baik dan memuaskan. Selain itu, pengkaji juga mendapati aspek di dalam iklim organisasi seperti hubungan mesra dan piawaian organisasi mempunyai pengaruh ke atas motivasi kerja pensyarah. Kajian ini penting kerana dapatan kajian dapat membantu ketua jabatan di dalam institusi TVET untuk menambah baik dimensi di dalam iklim organisasi agar berupaya meningkatkan motivasi kerja pensyarah ke tahap yang tinggi. Malah, kajian ini juga menunjukkan bahawa iklim organisasi dan motivasi kerja amat penting di dalam sesebuah institusi TVET kerana ia menjadi pendorong kepada mutu kerja yang optimum dan lebih efektif.

Full text

 

Metrics

  • visibility 0 views
  • get_app 0 downloads