Hubungan Antara Indeks Harga Pengguna (Ihp) Mengikut Wilayah Di Malaysia

Zulkefly Abdul Karim • Norain Mod Asri • M. Farid Wajdi • Antoni Antoni
Journal article Jurnal Ekonomi Pembangunan Universitas Muhammadiyah Surakarta • December 2006 Malaysia

Download full text
(Bahasa Indonesia, 18 pages)

Abstract

Di Malaysia, isu serakan dalam perletakan harga boleh diteliti antara wilayah Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) dengan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Dari segi sejarah, kedua-dua wilayah tersebut memang terpisah dari segi politik dan ekonomi sehingga tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memeriksa hubungan antara Indeks Harga Pengguna (IHP) di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan Indeks Harga Pengguna (IHP) di wilayah manakah yang menjadi peneraju atau pengikut. Jangka masa kajian bermula dari bulan Januari tahun 1970 hingga bulan Mac tahun 2005 yang melibatkan cerapan sebanyak 423 bulan. Kaedah ekonometrik siri masa telah diaplikasikan dalam kajian ini.Dapatan kajian menunjukkan kewujudan hubungan jangka panjang (kointegrasi) antara Indeks Harga Pengguna (IHP) mengikut wilayah di Malaysia. Dalam jangka panjang, didapati IHP di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) merupakan indeks harga peneraju, manakala IHP di Semenanjung Malaysia adalah indeks harga pengikut. Walau bagaimanapun, dalam jangka pendek didapati kewujudan hubungan sebab-menyebab dua hala di kalangan IHP mengikut wilayah (kecuali bagi kes Sabah dan Sarawak). Keputusan ujian penguraian varians pula menjelaskan bahawa IHP di Semenanjung Malaysia memberikan pengaruh yang besar dalam menerangkan variasi Perubahan terhadap IHP di Sabah dan Sarawak. Hasil kajian ini telah memberikan beberapa implikasi kepada dasar kawalan harga yangperlu dilakukan olehpihak kerajaan untuk mengawal kestabilan harga.

Metrics

  • 151 views
  • 44 downloads

Journal

Jurnal Ekonomi Pembangunan Universitas Muhammadiyah Surakarta

Jurnal Ekonomi Pembangunan: Kajian Masalah Ekonomi dan Pembangunan is a scientific journal that p... see more